ZWITSAL
Produk pling berkesan tuk ank eczema n kulit sensitif..
✔️tested hypo-allergenic oleh pkar Allergic kulit khas utk bayi kulit nipis dan sensitif allergic eczema kulit kering ruam daki sawan n laen2 masalah kulit
✔️ph balance soft formulation
✔️dikenali sejak thun 1972
✔️produk dari Netherlands dikluarkn syrikat ternama di indonesia iaitu dbwh syrikt Unilever
✔️extract aloe vera, canola oil n jojoba oil
🌸berminat blh pm saya
Berminat boleh WhatsApp Munira
📲📲📲www.wasap.my/60134737656
🌸grab cepat utk si manja ibu semua
🐥KELEBIHAN ZWITSAL🐥
🌷Mengandungi formula yg lembut & diciptakan khusus untuk bayi
🌷Tidak memedihkan mata
🌷Membantu untuk melebatkan rambut bayi, menghitamkan malah juga boleh melembutkan rambut bayi
🌷Sesuai untuk bayi yang menghidap eczema
🌷Mengatasi masalah bayi kulit kering
🌷Melembutkan kulit bayi
🌷Sesuai juga untuk orang dewasa
JOM KENALI PRODUK ZWITSAL..
Pemakaian lampin kadang kala mengakibatkan ruam pada kulit. Hilangkan rasa tidak selesa si manja dengan Zwitsal Baby Lotion.
.
Mengandungi minyak canola yang melembapkan dan menjaga kelembutan kulit bayi dengan keharuman yang menyegarkan #HappyBaby anda!
ZWITSAL BABY POWDER
- Fresh Floral
- 300gm
✔ Diuji hypo-allergenic
✔ Boleh digunakan untuk kulit sensitif
✔ Diperkaya dgn Minyak Canola - membantu melembap dan melembutkan kulit baby.
✔ Kekal segar dengan keharuman Rose dan Vanilla.
✔ Dibuat drpd bahan bedak steril dan natural corn starch yg membantu menyerap peluh baby
Zwitsal Baby Bath Milk & Honey
✔mandian susu & madu utk badan
✔300ml
✔200ml
~ Mandian dgn extract madu & susu dgn wangian yg tersangat wangi. Sesuai utk mencerahkan kulit.
Zwitsal Baby Bath 2 in 1
✔untuk rambut & badan (head to toe)
✔300ml
✔200ml
~ Formula dan texture yg sangat lembut untuk kulit dan kepala baby. Sangat sesuai untuk baby newborn
👉Shampoo Lebat Rambut 😍🤗😙
Mengalami "rambut anak lambat tumbuh"
Kebanyakkan baby lambat tumbuh rambut selepas bercukur..
Ada anak sampai umur 2tahun masih jarang2 rambutnya..
Jom cuba #ZwitsalBabyShampoo insyaallah bukan sahaja lebat malah cepat panjang..
Shampoo lebat rambut zwitsal sangat sesuai dari baby newborn hingga dewasa..
✔BABY OIL NATURAL WITH ALOE VERA & VIT E
📝Minyak serbaguna untuk bayi yang dilengkapi dengan kandungan aloe vera dan vitamin E yang menutrisi dan melembutkan kulit. Sangat sesuai digunakan untuk mengurut bayi atau membersihkan kawasan lipatan pada kulit bayi. Teruji hypo-allergenic, baik untuk digunakan kulit bayi yang sensitif sekalipun.
✔BABY SKIN PROTECTOR LOTION NATURAL
📝Lotion yang dilengkapi dengan Citronella Oil (Minyak Sireh) yang membantu melindungi bayi dari gigitan serangga & nyamuk. Selain itu, lotion ini juga mengandung ekstrak Chamomile yang dapat meredakan rasa gatal bagi si kecil. Bahan alaminya membuat lotion ini aman digunakan oleh kulit bayi yang sensitif sekalipun. Teruji hypo-allergenic, baik untuk digunakan kulit bayi yang sensitif sekalipun.
#ZwitsalBabySpa
#TestedHypoAllergenic
#KulitSensitif
#KulitKering
#Eczema
TESTIMONI ZWITSAL MELETOP!!!
Wednesday, 5 September 2018
Friday, 10 August 2018
Narinar FT
SAKIT KEPALA DIBUATNYA BILA FIKIR ESOK NAK KERJA TAPI ANAK MERENGEK SEPANJANG MALAM!!
Korang stress tak bila anak merengek sepanjang malam sehingga korang tak dapat nak tidur. Lagi stress pulak esok pagi2 nak gi kerja. Serabut di buatnya. Takkan asyik nk cuti!
Biasalah bila ada anak kecik memang tak boleh nak lari dari masalah anak tak tidur malam. Tapi sampai bila korang bertahan tak tidur malam?Takkan nak biarkan anak tak tidur malam? Nanti jadi habit pulak. Kesian anak korang yang setiap malam tak dapat tidur lena.
Apalagi jangan biarkan ia berlarutan. Cegah sebelum parah. Narinar FT dapat membantu anak anda lena sepanjang malam.
.Apa Itu Narinar FLUtherapy (FT) ?
Kegunaan Utama : Melegakan Selsema, Batuk & Demam Si Comel
➡️Narinar FT adalah gabungan pati minyak gam arab, pudina, lavender, lemon diadun dengan minyak zaitun asli.
➡️Narinar FT bantu melegakan selsema dan batuk terutama bagi bayi dan kanak-kanak yang tidak mampu mengeluarkan lebihan lendir sendiri dengan kaedah gabungan minyak pati tumbuhan asli & terapi urutan pada titik tertentu di badan si comel.
➡️Kehebatan gam arab yang terkandung dalam Narinar FT bantu melonggarkan kahak di samping meningkatkan imun sistem badan jika digunakan secara berterusan.
➡️Tidak cukup dengan itu, lemon yang kaya dengan Vitamin C, juga bantu melegakan ketidakselesaan pernafasan.
➡️Ianya mudah di gunakan, tidak perlu makan, hanya terapi urutan dan aroma segar mampu melegakan si comel mommies dan daddies sekalian.
Testimoni
https://www.facebook.com/babynchildstore/
http://www.wasap.my/60134737656
BAYI KENA SELSEMA DAN BATUK?
NAK BUAT APA?
Status saya ni panjang. Dr. Ninie memang tak reti berleter dan membebel pendek. Kalah mesingan kalau menaip.
Kentang adalah makanan. Ma saya kata, makanan tak boleh letak kat kaki. Tu tak ada adab namanya. Tak tahu lah mak orang lain. Lepas letak kat kaki, takkan nak guna untuk masak. Maka ia akan ke tong sampah. Membazir kan?
Kentang ada enzim nama polyphenil oxidase. Bila kita potong kentang, enzim ni akan bertindak balas dengan oksigen udara, dan ia akan tukar warna kentang ke warna perang. Bukan sebab kentang tu serap haba badan kita. Tu mitos!
PERCAYALAH SAYA KATA, kalau buat status mengarut macam ni, mesti selalunya bani jamu atau bani produk sampah yang seangkatan dengannya. Yang netizen pun, melantun-lantun la dok seru nama sekalian manusia lain untuk sama-sama percaya karut marut bani jamu. Aduh.
Bayi bawah umur 2 secara amnya tak ada ubat selsema dan batuk yang sesuai untuk dia. Kena bincang dengan doktor yang merawat ya.
Tapi sebagai mama yang pernah ada bayi, ya anak-anak saya juga melalui proses yang sama macam orang lain, bukan terus saja dah sekarang Tingkatan 1, saya boleh bayangkan gusarnya dan risaunya mak yang bayinya kena selsema dan batuk.
Mak ayah kena tahu yang bayi bernafas menggunakan hidungnya hampir sepenuhnya berbanding dengan mulut pada usia kurang 6 bulan, Maka, bila hidungnya tersumbat dengan hingus, memang lah dia sangat tak selesa.
Batuk selsema ni ambil masa juga nak baik. Boleh sampai seminggu.
JADI APA NAK BUAT UNTUK BANTU BAYI YANG KENA SELSEMA NI?
1. Bayi yang umur kurang dari 3 bulan, demam ke, batuk ke, selsema ke, tak kiralah simptom mana pun, WAJIB BAWA JUMPA DOKTOR SEGERA. Jangan simpan bayi kat rumah dan cuba rawat sendiri.
Kalau bayi tu dah besar sikit, kalau
- demam tu dah 3 hari
- bayi bernafas laju dan berbunyi semacam
- bayi susah nak bernafas, atau otot kat dada dan abdomen terperosok ke dalam bila bayi menarik nafas
- tak nak minum susu
- tak aktif macam biasa
- menangis dan merengek tak henti
Cepat-cepat bawa bayi jumpa doktor. Jangan dok dengar petua adik, makcik atau nenek bawang.
2. Bersihkan hingus bayi yang tersumbat tu. Caranya:
- Baringkan bayi. Pastikan kepala dia tinggi sikit.
- Picitkan 1-2 titik normal saline ke dalam 1 lubang hidung bayi. Pegang kepala bayi dengan tapak tangan lepas tu selama 10 saat. Nak elakkan kepala dia bergerak-gerak.
- Titiskan dekat lubang hidung yang satu lagi.
Titisan normal saline tu pun dah boleh bantu bersihkan mukus dalam hidung bayi.
Tapi kalau macam dah 2 ke 3 minit, hidung bayi masih macam tersumbat, boleh guna penyedut hingus bayi yang ada jual kat farmasi. Sekarang ada banyak jenis. Boleh bincang dengan pegawai farmasi, bergantung pada kaedah nak guna dan harga. Belajar cara guna yang betul dengan pegawai farmasi bila dah beli.
Ingat ya, sehari hanya boleh sedut hingus bayi tu 2 3 kali saja. Kang luka pula lapisan mukosa dalam hidung bayi. Dekat klinik kesihatan, memang ada normal saline ni. Doktor memang bagi untuk bayi selsema.
Jangan sedut hingus bayi dengan mulut mak sendiri. Sebab jangkitan kuman tu memang la berjangkit pada mak pula.
3. Pastikan bayi masih menyusu seperti biasa. Hidung tersumbat memang buat dia tak selesa nak minum susu. Jadi, paling senang, dah bersihkan hidung dia, boleh la bagi dia menyusu. Kalau dia tak nak, bawa jumpa doktor cepat-cepat sebab bayi senang sangat kena dehidrasi. Ni benda bukan main-main.
4. Bayi memang tak boleh keluarkan kahak sendiri. Otot dia belum cukup kuat. Satu cara yang boleh dibuat ialah, dengan gunakan wap air untuk kurangkan hidung tersumbat dan cairkan kahak. Kalau ada pemanas air dalam bilik air, buka pili air dan biar wap air penuh dalam bilik air. Duduk dengan bayi dalam bilik air tu dalam beberapa minit.
Kalau ada humidifier pun boleh guna. Cukup dengan air saja. Tapi kalau wap air yang baru mendidih tu jangan la guna, kang melecur pula bayi.
5. Atau, nak senang lagi, baringkan bayi dengan badan terlangkup ke bawah, tepuk-tepukkan belakang bayi dengan tapak tangan yang berbentuk berkaup. Jangan risau kalau bayi telan kahak dia, tu normal.
6. Tolonglah basuh tangan dengan kerap. Nak pegang bayi, basuh tangan. Lepas pegang bayi, pun basuh tangan sekali lagi. Jangan dok cium-cium bayi yang tengah sakit tu. Ajar anak-anak yang lain perkara yang sama. Sebab kita tak nak satu keluarga pula sakit.
7. Kalau bayi demam, boleh bagi ubat paracetamol jenis sirap untuk kurangkan demam dia. Pastikan dos tu betul ikut berat bayi dan berikan ikut jarak waktu yang konsisten, 6 jam sekali. Macam saya kata mula-mula tadi, kalau demam tu masuk 3 hari, terus pergi jumpa doktor.
Hujungnya, apa-apa pun, bawa lah bayi bawa jumpa doktor ya kalau bayi sakit dan kita macam tak pasti keadaannya ok ke tak.
Tolong jangan tanya soalan konsultansi pasal bayi kalian di status saya. Saya takkan jawab soalan kalian. Bukan sebab sombong. Tapi saya kena jaga etika saya.
Dr. Ninie
Bani jamu dan merapu berpisah tiada.
Subscribe to:
Posts (Atom)